Penempahan
By Pasti Travel on Thursday, August 7, 2014, 10:44
TEMPAHAN DAN BAYARAN PENDAHULUAN
Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 90 hari daripada tarikh bertolak. Bayaran pendahuluan sebanyak RM500 setiap seorang hendaklah dibayar secara tunai ATAU bawa bukti pembayaran melalui akaun bank semasa pendaftaran.
Sila bayar terus ke dalam akaun kami :-
Bank |
MAYBANK |
Nama |
PASTI TRAVEL & TOURS SDN BHD |
No Akaun |
5624 0561 3743 |
*Slip bukti pembayaran boleh di faks ke 03-61869618 atau email ke pastitravel@gmail.com
BAYARAN PENUH
Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat tidak kurang daripada 45 hari sebelum tarikh berlepas. Bayaran yang menggunakan cek hendaklah dibuat 60 hari sebelum bertolak.
PESERTA KANAK-KANAK
Harga pakej bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun ialah RM200 DITOLAK daripada harga pakej biasa (satu bilik dengan 2 orang dewasa). Manakala bayi (bawah 2 tahun) akan DITOLAK RM400 daripada harga pakej dengan tiada katil dan makan. (Bergantung juga pada jenis penerbangan)
BAYARAN TAMBAHAN UNTUK BILIK PERSEORANGAN ATAU MEMILIH BILIK
Bilik mengikut harga pakej biasa adalah bilik berempat/berlima. Susunan bilik adalah ditentukan oleh pihak syarikat di setiap destinasi. Jika seseorang memilih untuk bersendirian atau disebabkan keadaan atau memilih bilik yang lebih baik daripada yang disediakan untuk pakej, ia dikenakan tambahan harga mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak hotel.
Sekiranya ada permintaan untuk bilik :-
BILIK |
TAMBAHAN BAYARAN |
BERTIGA |
RM 350/PAX |
BEREMPAT |
RM 450/PAX |
BAYARAN BALIK
Bayaran balik tidak diberi jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan yang disediakan tidak digunakan.